Artikel : Hantu dari sudut fizik

Aku dapat email dari seorang member, katanya pernah keluar di Berita Harian. Aku tak dapat confirm benda ini. Apapun satu teori yang unik walaupun rasanya tak ramai orang percaya.

Hantu dari sudut fizik
Oleh Nasron Sira Rahim

Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya

FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Continue reading…

Continue reading » · Rating: · Written on: 05-25-08 · 1 Comment »

Pertandingan Tulis Dialog

Sempena kejayaan PM lelah paling bodoh cemerlang dalam sejarah Malaysia, dengan ini saya membuat pertandingan tulis dialog. Pemenang akan mendapat hadiah istimewa keluar dari UMNO.

“Apa? Mahathir sudah keluar UMNO? Yeay mari kita tidor.. ZZZZzzzzzzzzzzz….”

Continue reading » · Rating: · Written on: 05-20-08 · No Comments »

Creepy Girl from Motion Potrait

Creepy GirlCool flash yang dibuat oleh MotionPotrait Inc. Sesuai dengan tajuk, memang creepy sungguh. Btw, MotionPotrait?

“MotionPortrait is the technology that automatically creates 3D face model from one single picture, which can be animated in a variety of facial expressions.”

Layan la flash ni. Tapi jangan tengok lama sangat. Silap2 boleh ter”angau” dengan creepy girl tu haha.

Continue reading » · Rating: · Written on: 05-18-08 · No Comments »

Tab Gitar Kamikaze - Tawa Dalam Tangisan

Kamikaze

Sementara tengah semangat update tablature site, tambah satu lagu lagi, lagu ni yang di“request” oleh seorang pengunjung tab gitar nusantara, lagu ciptaan Kamikaze, Tawa dalama tangisan. Intro lagu ni dekat nak sama dengan lagu Unforgiven by Metallica, tetapi di “melayu”kan.

Aku buat jugak simple tab untuk intro (3 guitar parts), dan part2 biasa tu strumming pun mcm lagi typical rock kapak melayu, so aku just letak chords sahaja.

Guitar Tablature & Chords : Kamikaze - Tawa Dalam Tangisan

Continue reading » · Rating: · Written on: 05-11-08 · No Comments »

Tab gitar update

Aliff AzizSelepas lama tak update tabblog, hari ini mentang2 cuti, so aku buat 2 tab gitar, satu request dari cyperhackz, satu lagi lagu nostalgia masa sekolah dulu-dulu, ramai yang masih ingat rasanya lagu Anak Itik Tok Wi :p

Lepas ini kalau ada masa lapang tu aku rasa menarik jugak nak buat balik kod2 lagu2 kbsr tu rasanya kementerian pun tak pernah jual chordbook ke apa untuk lagu2 ni. Kecuali untuk panduan guru2 tu ada la. Mcm ayah aku dulu rasanya ada buku kod2 lagu kbsr tahap satu tahap dua tu tapi memandangkan dia dah lama pencen tak tahu la ada lagi ke tak chord book tu lagi.

So sapa2 nak layan lagu aliff ngna lagu kbsr tu boleh la tgk tab gitar nusantara yek.

Aliff Aziz - Ini Satu Kisah

Anak Itik Tok Wi

Continue reading » · Rating: · Written on: 05-05-08 · 2 Comments »