Home » Funny Stories, Tab / Kod Gitar

Kod gitar lagu kanak-kanak : Lagu tiga kupang

26 July 2009 4,553 views 7 Comments Print This Post Print This Post
Tags: , , , , , , ,

lagutigakupangEntah kenapa tiba-tiba rajin nak tab lagu kanak-kanak.. Kod seterusnya adalah lagu yang sangat popular, boleh kata takda orang yang tak tahu lagu ni; Lagu Tiga Kupang. Akudah cuba cari info lagu tiga kupang ni sebenarnya tapi tak jumpa pulak. Sapa yang buat lagu ni? Itu aku tak tahu, tapi yang aku tahu ada beberapa unsur pelik dalam lagu tiga kupang ni. Kalau tengok lirik dia;

Lagu tiga kupang saku penuh padi
Enam ekor burung masuk dalam kuali

Bila sudah masak burung nyanyi saja
Tentu sedap makan beri pada raja

Raja dalam rumah buat kira-kira
Suri dalam dapur makan roti gula.. hey

Dayang tepi kolam mahu jemur tepung
Datang burung hitam pagut batang hidung hidung hidung…

1. Kenapa lagu tiga kupang (30 sen)?
2. Kenapa masuk padi dalam saku?
3. Apa buang tabiat ke burung yang enam ekor tu pegi masuk dalam kuali? Kan dah kena masak..
4. Eh dah kena masak lepas tu boleh nyanyi pulak burung nye?
5. Ada burung lain ke pulak yang nyanyi dekat burung yang dah kena masak tu?
5. Tak takut ke burung yang gembira nyanyi tu manalah tahu kalau turn dia pulak yang jadi lauk nak kena masak?
6. Burung tu nyanyi lagu apa?
7. Tahu tahu pulak kalau dah burung nyanyi lauk nye sedap.
8. Konfiden aje sedap sampai nak bagi raja.
9. Kenapa raja duduk dalam rumah bukan istana?
10. Raja tengah buat kira-kira apa tu? Belanjawan?
11. Bagi la suri dalam dapur tu makan lauk burung nye. Kesian makan roti gula aje. Raja bukan nak makan pun..
12. Kenapa jemur tepung tepi kolam?
13. “Datang burung hitam..” Ni burung hitam mana pulak ni? Yang nyanyi tadi ke?
14. “Pagut batang hidung hidung hidung hidung..” eh… lagu dulu dulu dah ada echo :P

Anyway, walaupun penuh dengan misteri, try la korang main lagu ni;

Date: 26.07.2009
Tabbed by: Zairul.Com a.k.a Semb

C
Lagu tiga kupang saku penuh padi

G                               C
Enam ekor burung masuk dalam kuali

C
Bila sudah masak burung nyanyi saja

G                             C
Tentu sedap makan beri pada raja

F                C
Raja dalam rumah buat kira-kira

F                  G
Suri dalam dapur makan roti gula.. hey

C                 C
Dayang tepi kolam mahu jemur tepung

G                                C
Datang burung hitam pagut batang hidung hidung hidung...

Kalau nak vote artikel ni boleh klik kat "stars" kat bawah. Tak pun korang try baca pulak artikel lain yang pernah aku post dulu;

  1. Kod Gitar Lagu KBSR – Sungai
  2. Tab gitar lagu-lagu melayu dahulu, sekarang dan masa depan..
  3. Kod Gitar lagu KBSR – Kiri dan Kanan
  4. Lagu Sekolah Kebangsaan Karai
  5. Lagu KBSR (Tahap 2) – Anak Itik Tok Wi
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (3 votes, average: 2.33 out of 5)
Loading ... Loading ...

7 Comments »

  • jack said:

    assalamualaikum bro…
    tq so much sbb tab lagu knk2 nie, memang payah selama ni gua carik. Bro bleh tab lagi lagu knk2 KBSR cam ni x? Gua ckg muzik skolah beginner je, baru nak blajar bleh tolong bro? Tab lagi lagu KBSR cam tu k…thanks

  • Zairul (author) said:

    no problem.. cikgu sekolah bukan dapat ke buku chords complete lagu KBSR?? bapak aku dulu dapat jugak.. tapi sekali rumah banjir.. abis buku chords.. itu yang jadi tugas aku nak kena tab gitar tu.. ade ke patut

  • jack said:

    tima kasih bnyk2…sbnarnya staun lepas posting gua kene amik mp muzik ni,gua bukan major muzik pun kat mktb tapi gbesar dah bagi kene ajar jugak la. Buku chord tu masa gua amik blk muzik tu xdepun da carik hampeh…. . gua nak bljar gitar utk ajar mp muzik tu, leh tab eh..tq so much!

  • Kamil said:

    lagu tiga kupang disadur dari lagu inggeris dgn judul Sing A Song of Sixpence (Nyanyi Lagu Enam Kupang). Nak sesuaikan dengan latar belakang melayu, nampak pelik la lirik tu.

    Sing a song of sixpence,
    A pocket full of rye.
    Four and twenty blackbirds,
    Baked in a pie.
    When the pie was opened,
    The birds began to sing;
    Wasn’t that a dainty dish,
    To set before the king?
    The king was in his counting house,
    Counting out his money;
    The queen was in the parlour,
    Eating bread and honey.
    The maid was in the garden,
    Hanging out the clothes;
    When down came a blackbird
    And snapped off her nose

  • Zairul (author) said:

    Thanks for the info

  • cikgu zahid said:

    Salam…Saya nak minta tolong hantar pada saya lagu dan kord lagu2 kanak sekolah rendah dan lagu2 pengakap..sekian terima kasih..

  • Leena said:

    salam…sy first time bkk blog awk ni…
    bru nk belajar main gitar..utk mase2 lapang nii..
    sepatah haram pon xphm psl kord gitar..
    tpi blog awk ni wat sy leh phm sikit2..
    insyaallah nk usaha lbh ag..ok terima kasih..

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

Subscribe without commenting