Panduan membeli (memilih) gitar.
Antara masalah utama beginners adalah berkenaan pilihan gitar itu sendiri. Aku dapat banyak email dari readers yang bertanya pendapat : How to buy a guitar? Nak main gitar, berminat untuk cuba, boleh main gitar tapi tak ada gitar sendiri, nak beli tapi tak tahu nak mula dari mana, dah beli tapi macam tak best – adalah antara contoh keluhan keluhan bakal guitarist yang selalu aku dengar.
Jadi untuk panduan semua, dan untuk menjimatkan masa aku menjawab email setiap orang, aku nak share sedikit kat sini apa homework yang perlu korang buat sebelum beli gitar. Nak kata tips berguna tu tak lah jugak dan cara di bawah ini mungkin bukan yang terbaik, setiap orang ada cara masing masing. Tapi aku harap dengan adanya tutorial/guide/teknik (?) ringkas ni semoga dapat menolong sedikit sebanyak korang sebelum beli gitar.
Langkah pertama : Belanjawan negara
Bukak buku bank, tengok ada berapa baki duit dalam bank, darab dengan 0.1, banyak itu lah budget yang anda harus guna… Walau pun penting sebenarnya untuk tidak over-spending, tapi tak payah la sampai kena kira macam tu.
Untuk permulaan aku cadangkan budget duit sekitar RM75-200. Tak perlu beli gitar mahal mahal dulu. Ada jugak yang berlagak terus sambar fender RM6K, chewah konon nak terus jadi power. Tak payah beli mahal-mahal sampai 4 5 ribu. Sebabnya; A) Mahal sangat, baik makan sedap atau sedekah kat orang susah, B) Mahal TAK semestinya elok. C) Korang akan lebih appreciate beli gitar yang lebih mahal dari first guitar SETELAH dah power main.
Tapi JANGAN terlalu sengkek. Kalau ada 20 inggit je aku nasihatkan sabar aje dulu. Kerja keras sikit lagi, kumpul lagi 55 inggit. Dah cukup duit baru sambung baca tutorial aku ni. Bukan apa, selalunya gitar yang murah ni (atau nama glamer gitar kapok) bahannya sangat murah – kayu getah dan gam gajah. Aku pernah beli gitar harga RM25 masa aku student. Kalau cium dalam hole gitar tu memang bau getah skrap. Cukup 3 bulan, neck melengkung, bridge tersembul. Padan muka aku.
Kesimpulan :Sediakan budget yang cukup.
Langkah Kedua : Thomas Alva Edison, Woody Allen or Beethoven?
Ada pelbagai jenis gitar dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Di sini aku nak bincang 3 jenis gitar yang paling umum iaitu electrical (gitar elektrik), acoustical (gitar akustik atau lebih popular dengan gitar kapok) dan classical (gitar klasik). Baca pro dan cons di bawah dan pilih gitar mengikut genre yang sesuai dengan anda.
A) Electric Guitar – Seperti nama, gitar yang memerlukan elekrtik untuk berbunyi. (kalau takde letrik pun bunyi jugak, tapi bunyi macam nyamuk la) Kebanyakan genre lagu moden hari ini menggunakan gitar letrik. Rock, Metak, Punk, Alternative, Blues, R&B misalnya antara genre yang tak sah kalau takde electric guitar.
Kelebihan gitar elektrik:
(i) Senang dimainkan kerana fretboard (fingerboard) yang kecil dan nipis serta lebar string yang lebih halus dari tali untuk gitar elektrik.
(ii) Skop music yang lebih luas kerana boleh ditambah dengan effect seperti distortion, reverb, delay, wah etc.
(iii) Banyak variasi bentuk gitar elektrik. Antara body type yang biasa dilihat seperti stratocaster dan telecaster type (Fender) atau Les Paul dan Fliying-V type (Gibson). Ada jugak gitar yang unik seperti double-neck (twin) guitar, 7-string guitar etc.
(iv) Mudah dari segi maintenance dan repair. Masalah yang selalu dialami oleh gitar elektrik seperti pickup tidak berfungsi, volume knob tak betul misalnya, selalunya kurang masalah body berbanding gitar akustik. Nak tukar electrical parts lebih mudah dan tidak mahal.
Kelemahan gitar elektrik:
(i) Kena ingat kalau nak beli gitar elektrik, kena beli jugak guitar amp. So kena masukkan amp dalam budget (rujuk Langkah Pertama). Bagaimanapun, guitar amp kecil (10W-30W) dalam lingkungan harga RM50-250 biasanya sudah cukup bagus untuk permulaan.
(ii) Guitar elektrik dan guitar amp adalah seperti irama dan lagu – tak dapat dipisahkan. Portable-wise, gitar elektrik bukan lah satu pilihan yang tepat seperti untuk bawak pegi pantai dengan member misalnya. Kena pikir jugak kat mana nak cucuk plug untuk amp.
(iii) Sesetengah gitar elektik terutama yang terlalu murah, mudah lari tune walaupun tak semua. Masalah lari tune adalah syarat wajib yang harus dielakkan semasa main gitar.
B) Acoustic Guitar – Juga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3 walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).
Kelebihan gitar akustik:
(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.
Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.
C) Classic Guitar – Konsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.
Kelebihan gitar klasik:
(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.
Kelemahan gitar klasik:
(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah jutaan RM.
Kesimpulan : Pilih gitar yang sesuah mengikut gaya, citarasa dan genre anda. Kalau masih belum pasti, aku nasihatkan cuba gitar akustik. Gitar akustik memang sukar dimain pada permulaan. Tetapi selepas banyakkan latihan, dan setelah biasa dengan gitar akustik, lepas tu 99.9% anda dijamin takde masalah untuk main gitar elektrik. Kalau biasa sangat main gitar lembut sekali kena akustik jari krem. Gunakan gauge yang lebih halus. Biasanya pada kotak set tali gitar akustik tu ada tulis “Heavy”, “Medium”, “Light”, “Extra Light” etc. Pilih tali “Extra Light”. Tali jenis ini lebih senang nak main. Cuma bunyinya tidak sekuat berbanding kalau guna medium atau heavy gauge strings. Pilih juga gitar yang mempunyai body yang lebih kecik seperti OOO- (triple O) type atau OO- (double O) type. Elakkan D-type atau Jumbo type.
Langkah Ketiga : Pesta Beli Belah
Dah cukup budget, dah tahu nak beli gitar jenis apa, sudah tiba masa untuk beli gitar… BELUM LAGI… masih ada persediaan yang perlu buat sebelum beli gitar.
GETTING READY
- Banyakkan pengetahuan gitar dulu. At least belajar pegang gitar, petik-petik sikit, belajar kod kod gitar etc. Kalau boleh pinjam gitar member dulu. Lebih baik, beli dulu buku panduan asas gitar. Ambil kelas gitar kalau perlu. Belajar melalui buku atau forum online sahaja tak cukup untuk belajar teknik yang betul.
- Try window shopping dulu. Pergi ke kedai gitar dekat tempat anda, “ushar” gitar gitar kat situ. Tengok brand gitar, dan kemasan (finishing) gitar tu, bandingkan dengan harga. Tengok gitar paling mahal, bandingkan dengan gitar yang lain yang lebih murah. Lagi banyak anda survey cara ini, lama kelamaan korang akan dapat feel kenapa gitar itu mahal kenapa gitar ni murah. Kenapa gitar ni walaupun nampak cam mahal tapi murah or vice versa. Cuba try kalau tak caya. Sembang-sembang dengan orang kedai tu, mana-mana lah tahu dapat info yang menarik, kenyit-kenyit sikit nanti manalah tahu kalau nak beli dapat murah (hanya sesuai untuk perempuan menggoda). Tapi useful tips; IGNORE annoying salesman…
- Mintak kebenaran cuba main gitar kat situ. Cakap secara jujur dengan tuan kedai, “Saya ni baru nak belajar main gitar, tapi datang sini bukan nak beli terus. Saya tengah pikir pikir try try feel ni gitar apa yang sesuai nak beli. Kalau gitar kat sini boleh memuaskan nafsu serakah saya nanti boleh la saya beli kat sini…” etc.. Keep in mind, kalau anda cakap tak nak beli, tapi orang kedai tu layan jugak maknanya kedai tu okay la. Berbanding kalau cakap tanak beli lagi tapi orang kedai layan cam pundek tu memang niat nak untung aje la kedai tu. Cari kedai lain.
- Survey gitar kat tempat tempat lain jugak.
- Survey harga gitar di Internet. Bandingkan dengan harga pasaran. Adakah lebih mahal atau lebih murah. Aku tak galakkan beli dari Internet. Memang lebih murah, tapi you never know what you’’ll get. So gunakan sebaik mungkin info yang ada kat internet seperti jenis kayu yang diguna untuk body, saiz fret, jenis pikap dan sebagainya.
TODAY WE BUY ONE!
- Ajak member yang biasa dengan gitar. Nanti member anda boleh tolong decide gitar mana yang sesuai. Juga untuk mengelakkan daripada korang kena tipu dengan salesman. Salesman biasalah kalau tanya gitar mana elok mesti tunjuk yang mahal aje..
- Cuba dulu gitar yang nak beli tu. Jangan tengok ambik terus bayar. Kalau gitar elektrik, try cucuk ke amp dulu. Pikap nye okey ke tak. Mintak orang kedai tunekan gitarnye, try petik tengok fretnye ade bunyi lari ke tak.
- Tanya warranty kalau ada. Warranty penting kalau kalau ada masalah dengan gitar tu nanti. Gitar yang ada brand seperti Fender, Gibson, Ibanez, Martin, Yamaha etc MESTI ada warranty card. Check dulu dengan kedai. Tengok jugak brand betul ke tak. Ada jugak gitar yang tengok dari jauh macam logo Fender, tapi kalau dah dekat dia tulis Tender. Gitar cilok memang takde jaminan la.
- Beli juga aksesori gitar seperti guitar case (soft case or hard shell case), guitar strap dan guitar strings set spare (Tali 1 hingga 6). Jika perlu boleh beli pic, guitar strap, guitar tuner etc. Tapi tak perlu berlebih lebih. Kalau rasa perlu nanti boleh beli lagi.
So sedikit sebanyak aku dah senaraikan list yang korang perlu timbang before beli gitar. Tak rugi tanya pendapat orang lain. Banyak lagi resource lain kat internet yang cerita tips dan panduan untuk beli gitar untuk beginner mahupun advanced guitarist.
Apa tunggu lagi? Selamat berjaya dan semoga berjumpa dengan gitar idaman anda..
Kalau nak vote artikel ni boleh klik kat "stars" kat bawah. Tak pun korang try baca pulak artikel lain yang pernah aku post dulu;











(18 votes, average: 4.67 out of 5)
tenkiu for d tips bro..very detailed.skang da tau byk bende nk kne buat rather than main rembat je..hehe:)
yaya>> no problem
time kaseh bro……..
sy budak baru je nk belajar ni….
hehe XD
no problem..
[...] Zairul ada berkongsi tips hebat dan ekselen untuk sesiapa yang ingin membeli gitar. Siap ada langkah-langkah lagi tu. Terima kasih [...]
wah bagus! tutor yang menarik dan lengkap untuk newbie. bagi aku seeloknya kepada yang masih baru, belajar sehebatnya melalui gitar yang berbaloi dulu (antara RM70-RM250) yakni kategori gitar kapok.
dah terer tu baru lah boleh cerita. belajar dulu sampai jari dah lebam! ha3
thanx la kan. sbb sy budak baru blajar… dh mintak dh member beli tapi tak gi survey lagi. kekadang mcm best jer tengok org main gitar.
tikusgirl >> mintak member belikan? lebih baik kalau pegi beli sekali dengan dia sebab;
1. Lain orang lain citarasa (design-wise)
2. Fingersize lain-lain. Neck gitar saiznye lain-lain. Kalau tapak tangannya besar, tangan awak kecik, kalau dia pilih yang besar nanti awak tak boleh main. Unless korang kembar tangan seiras.
3. Fikir nak beli gitar macam nak beli kereta. Takkan nak suruh orang lain belikan kereta untuk kita. Kalau suruh sugar daddy tu lainla
4. Cuba tanya member awak tu. Dia mesti tanya “ko nak gitar yang macam mana?”.. so dari buang masa explain lebih baik pegi sekali beli dengan dia.
Selamat belajar
wow.. banyak nye useful tips heehehe ni yang bertambah semangat nak gi beli gitar ni…
tq
MJ >> no problem
hey , thanks A LOT! useful gile tips tuh! ni nak tnye .
1- klu beli dulu baru belajar boleh tk? sbb membe semua tk der gitar so tk der sape nk pnjm kan haha
2- klu beli guitar case tuh agak agak bape erk yg hard shell case? bajet ade RM 300 jer haha
thanks
harap zairul reply
bro..tq on tips bli gtar tuh dh apply n dh setel dah..skang ni da bley main chord yg sng2 tp npe xpandai2 lg nk tune.asik xdpt je pitch yg btol.asik kne suh member2.ok ker klu resort to tuner jer?? tp tuner plak mcm2.tlg recommend skit mane yg sesuai 4 acoustic guitar..ke kne tune telinga skit..fuhh.lega dpt ngadu.:)
aku minat main gitar tapi xde bakat. ah, aku main piano sude.
*aku sdg mencari guru sekitar kelantan ni. ader? aku bayar ar..
>> LYN
1. Yang mana-mana pun boleh, asalkan gitar tu sesuai dengan kita.
2. Aku tak sure sangat market price untuk hard cases, tapi selalunya takdelah mahal sangat. RM300 tu dah cukup sangat. Rasanya around RM150++ pun dah cukup okay. Jangan case nye lagi mahal dari gitar udah le
>> yaya
tak reti/susah tuning tu common problem. tak perlu risau. aku dulu pun mencanak jugak. kalau ada electronic tuner, mungkin dapat membantu. tapi tak semestinya perlu.
1. cuba biasakan dengan bunyi tune gitar yang betul. rujuk website ini;
http://www.guitarforbeginners.com/onlinetuner.html
klik pada string dekat website tu satu-satu, camkan bunyi nya, cuba tune gitar dari bunyi yang rendah.. adjust tuning head (tuning pegs), sedikit demi sedikit sampai bunyinya sama dengan bunyi online tuner tu. ulang cara yang sama sampai dapat tune semua strings.
2. kalau dah biasa dengan cara (1), cuba teknik yang ditunjuk kat website ni;
http://www.howtotuneaguitar.org/tuning/how-to-tune/
mula-mula memang susah, tapi kalau dah dapat perfect pitch, nanti tak perlu pun electronic tuner tu
Selamat belajar!
“tak reti/susah tuning tu common problem” —> motivated skit nk blaja bile bace nih
Tq bro…nk g blaja smpi dpt!
affuan >> rasanya ade je kelas muzik kat KB.. tak sure
saya nak suh member sya belikan gitar..
and bley x kalau saya xikut skali?
sebab sekrg smue tgh cuti and sya pesan die suh die beli kt kedai area rumah die..
sya ni lak gurl yg baru nak blaja main gtar..
lau sy ckp kt die sya nak gitar saiz triple O or double O. tali lak light or extra light…bley ke?
princessofhemp >> actually, anda SEPATUTNYA ikut member anda dan bukan lepas tangan kat dia.. (sila rujuk LANGKAH KETIGA dalam artikel atas). Kan senang kalau pegi sekali dengan dia? Dia bukan ingat semua benda pun
bang zairul…saya nak beli gitar karen gune internet la..banyak murah..bang taw camne nak beli gune internet?? ebay?lelong?mudah.com?
ntah la…duit ade ni..
Bro, great tips! I baru nak beli acoustic guitar, dulu masa sekolah ada la tapi dah berapa dekad tak main so skg kira nak pickup balik.
I have a question. I boleh main alat muzik tapi tak reti baca notes. I play by ear. Kalau I dengar chord, I boleh mainkan on the instrument, tapi sama ada benda tu Do ke Re ke Mi ke I memang tak tau.
So my question is, to be a good guitarist, perlu ke take formal lessons? Does it make a difference to be able to play by ear and to play through formal music education?
safuan >> seperti yang aku tulis dlm artikel ni, aku tak pasti dan tak galakkan beli dari internet. murah tu memang la murah. cuma kalau nak beli fr internet jugak aku suggest beli dari local websites macam mudah.com, atau apa sahaja asalkan shipment tu dari dalam negara jugak. gitar esp gitar elektrik tu berat dan besar, takut kalau beli dari US misalnya, harga shipping nanti sama dengan harga gitarnye.. kenapa nak bayar lebih? so jangan lupa masukkan shipping cost dalam budget anda.
RetroSista >> It is not a must, but better if you have one. Basic sahaja sudah cukup macam tahu types of notes, chords, beats, rest symbols, basic counting etc. Dengan tahu benda-benda ni pun kita boleh baca sheet music. Macam-macam boleh buat kalau kita boleh baca music scores.
Hear something and you can play the chords… You’re already a good guitarist. Learn basic music and you’ll be much more better.
Selamat Berjaya.
tip yg bgus..aku dlu p kdai 2nd kt ampng.bli gtar cap prince..yela nk try letrik..mule2 beli mmg la lyn.sdap aje..tp dh lame,mcm2 la rase x kne..yng aku tensen skali btng fret die lekuk2 dh.org tu goreng dasat sgt kot.ms beli x pasan.tp x pe la..nnt kl ade duit,aku nk cri epipon..2 pn kl ade smngt lg nk men gtr.ye la,lpas abis stady,x de membe nk jam.otak pn jam.lgu2 pn byk lupe
askum bro..
great tips here! kudos..1 thing to tell, i play lefthanded acoustic guitar, and tersangaaaatlah susah nk carik gitar lefthanded kt malaysia ni..sangat2 kuciwa sbb sebesar2 kedai gitar tu, hanya akan ada 1atau 2 je or takde langsung. so far dh usha kt BB, Sungei Wang, Midvel, Times Square, OU and Sunway Pyramid. Setakat ni ade jumpe 2 gitar akustik Tanglewood, tp bile main rase tak berkenan.
Dulu dah ade gitar Stagg, tp ble dh pandai sket main, rase nk kene upgrade gitar yg lebih bagus so gitar tu dh jual. Rase agak menyesal tak beli kt UK dulu sbb dulu saya belajar kt sana, tp malas nk bawak balik gitar berat2. Ingatkan kt Msia senang nk carik.
So skarang tengah plan nk beli online, maybe market from US, sbb from UK dorg tanak ship ke Msia. so ble carik online, barulah banyak pilihan yang ada..tp shipping cost mmg sangat mahal, ade yg lebih kurang harga gitar tu sendiri..
tapi nanti ade cukai ke dari kastam? kene tambah kos lagi.. >.<
kesian kami warga lefthanded..padahal ramai je gitaris terkenal men tangan kiri cam jimi hendrix n man kidal..
cok >> bese la aku dulu pun beli gitar murah je
asyanis >> lefty guitars memang susah nak cari.. dlm kes lefty ni nak tak nak mungkin terpaksa beli online jugak kot kalau nakkan banyak option. tp mcm aku ckp kat atas cons dia kita tak boleh test la bunyi gitar tu camne. plus shipping pun mahal. yang mahal bukan gitarnye. tapi casingnye (kalau hard-shell case) gitar tak kena cukai rasanya.. kat sini banyak gitar lefty. nak aku surveykan ke?
takpela zairul..thanks 4 ur offer..tp dah order online, beli kt US. Lgpon, klu u nk tlg surver, nk kene pk delivery plak camne..so skang dh order kt ebay, hopefully leh sampai cpat x sabar!!
asyanis >> haha okey.. nanti story la pasal gitar tu..
salam bro zairul. aku beginners yg baru jer beli gitar, dah beli baru jumpa blog ni. pada aku blog kau ni memang bagus. cara penerangan kau jelas dan teratur. harap kau dapat teruskan dan update selalu yer..
Aku g byk kedai cari gitar akustik, tp xtau nak beli yg mana, brand apa? saiz ape? last skali aku pg kedai yg besar skit dan terus terang dkt tokey tu aku baru nak start main gitar. dia rakemen aku gitar akustik brand ibanez rm400. dia kata u beli baik skit, main pun syok dan u xpyh tukar gitar sampai u pandai. kalau u nak tukar pun u terus angkat elekrik gitar.
aku rasa ckp dia betul kot. bwk balik, bunyi memang sedap la. apa pendapat kau.. tolong komen skit..
maaf agak pnjang lebar skit.. hehehe..
lagi satu bro.. jari aku sakit le bila pegang kord lama-lama. bila aku nak prektis lagi tapi xbleh nak pegang kord. ada cara tak nak hilangkan sakit tu. aku tengok org lain selamba jer pegang kord tanpa rasa sakit.
Joeydin >> pasal gitar tu bergantung pada bajet ko lah. ibanez tu mmg ada nama, cuma dia banyak focus on electric berbanding acoustic.
nak pilih gitar ni macam love at first sight kata orang. aku tak boleh nak komen gitar tu elok ke tak elok ke sebab aku tak pegang. so kalau kau try petik dan rasa okay than okay la.
suruh tokey kedai tu tune gitar tu betul, dan ko try main basic chord C ke G ke, tengok la ada bunyi flat ke tak. nk tahu satu2 gitar tu tune lari ke tidak, harm pada fret ke 12 (cuma sentuh aja tali betul2 atas fret ke 12 pada setiap tali) dan lepas tu tekan not pada fret 12 dan petik gitar. banding kan dua-dua bunyi tu. gitar yang okay takkan ada bunyi flat.
pasal jari tu semua gitarist mesti rasa. standard la. lama2 biasa nanti hujung jari ko akan jadi kebal. ada sesetengah guitarist pro tu sampai hilan deria hujung jari dia. orang lain yang selamba je tekan tu sebab dia dah biasa.
mungkin jugak masalah gitar tu sendiri. check tinggi strings dari fingerboard. kalau rasa tinggi sangat rendahkan. cara nak adjust samaada a)betulkan truss rod pada neck, b)rendahkan nuts, bridge atau saddle c) re-fret (buang fret dan tanam fret baru). kalau tak biasa baik hantar repair kat kedai.. rasanya tak mahal sangat pun.
selamat berjaya
thanx for the advices..
ade ke guitar hrg below than rm200?
ana >> ade aja. bergantung pada kualiti gitar tu lah. tapi ingat, mahal tak semestinya elok
Aslkm….
Very good tips. Saya ada soalan,macam mana kita nak tahu cara membaca chord gitar? gitar saya tak ada lagi tapi saya nak tahu cara baca chordnya dulu..Pastu kalu kita beli gitar kat internet apa kebaikan dan apa keburukannya???
diana >> wsalam..
Susah kalau nak terangkan dengan lisan cara untuk baca kod. Mulakan dengan asas kod dahulu macam C, G dan Am. Rujuk carta kod gitar.
Aku ada sentuh sikit pasal beli gitar dari internet dalam artikel di atas. Secara kasarnya;
PRO : harga lebih murah, banyak pilihan, penghantaran ke pintu.
CONS : kualiti gitar yang tidak diketahui atau meragukan (melainkan gitar yang ada brand dan diakui kualitinya oleh para guitarist), kos penghantaran yang mahal jika beli dari kedai online luar negara
thnks bro…
sng nnt i nk bli guitar..
salam again bro..
akhirnya gitar yg diorder dari ebay telah sampai ke pangkuan..setelah jerih payah menunggu selama berminggu-minggu..sob2..
gitar tu saya beli dari butlermusic (US), as i mentioned before lefthanded acoustic guitar la. bayar shipping US$89, dlm RM200 lebih la tu (different seller offers different shipping costs, but mostly seller from UK tanak ship ke Msia).
gitar tu actualy kejap je smpi ke msia, dlm 2-3 hari. tapi akhirnya berkampung kat kastam kejap, sbg barang tahanan..pendek citer kastam akan mtak kite kompemkan pasal barang tu samada nk amek sniri or mtak pos msia deliver (+handling charge) dan yang pasti, akan kene jugak cukai kastam sebanyak 10% drpd total barang tu (gitar+shipping cost)..
adeihh..perit jugak rase. dah la tggu dorg proses lame, pastu kene caj lagi..tp bila dh dpt gitar puas hati la kan, wpon dh lame menjeruk hati jugak tggu gitar x sampai2..
dari segi shipping, the guitar was properly packed, so xde damage la..wpon risk nye ade sbb dh tunggang terbalik, xtahu mane atas bawah..
n now dh start men gitar balik lepas lame x men, mmg sakit btol la jari jemari ni..kene tunggu die jadi kebal sket lg baru syok sket..
gitulah alkisahnya gua beli gitar dr internet…
nana >> no problem
asyanis >> itu la masalah kalau beli esp from overseas.. dengan taxes nye shipping nye.. tapi okey la, gitar pun dah sampai dan cukup syarat takde yang tertanggal ke apa.. kalau ada problem lagi leceh, nak kena hantar balik ,nak tunggu repair nak kena tunggu lagi.huhu
post la gambar gitarnye, bley tunjuk kat readers mcm mana guitar lefty haha
thanks for d tips.
tp kan.
saya baru cdg nak beli guitar, walaupn basic xde.
nk jugak beli. maen ntuk suke2.
so bole ke nk beli ni???
eyy
satu lagii.
bajet 110+ bole??
i nak murah je
nak beli gitar tak semestinya perlu ada basic, cuma kalau dah reti main nanti senang nak buat pilihan gitar. beli dulu, lepas tu belajar pun boleh. 110 okey je. lebih dari cukup. beli jugak buku panduan kod ke, extra strings kalau terputus, tuner etc. kalau kat situ ada jual beginner set lagi baik
selamat belajar
ouh thx.
tapi nk amek jnama ap ni?
jenama apa yang ada?
byak je.
tapi klo 100 jnma ape je yg bes?
adoii, ssh btol nk plih
this is what i looking for..thx owner.really appreciate ur post
tak penah main tp nk beli jugak >> beli “takamine”
misscapricorn >> no problem
okay eyh?
nw thanks for ur jwpan..
sori byak songeh
Abang Zarul…
adik terlalu minat main gitar
walaupun takat main-main je…
Untuk pengetahuan abang, adik baru berusia 10 tahun…
dah ada gitar biasa yang mak belikan berharga RM160..
tapi teringin sangat nak main gitar elektrik..
memang teringin sangat…
semalam pegi dengan mak dan ayah ke Queensbay Mall..
survey2 harga gitar untuk kanak2 RM260 satu set…tapi
jurujual tu advice soh beli amp yang berharga RM450…
mahalnye….
tak jadi beli dan mak nak fikir abis2 dulu…
apa pendapat abang Zarul…sebab adik memang teringin
sangat dan berminat sangat dengan gitar ni…
Terima kasih abang Zarul…
ex_light14 >> amp tak perlu mahal kalau just nak main kat rumah. unless kalau nak letupkan live house or untuk main kat stadium. lepukkan kepala salesman tu untuk aku..
saya baru beli gitar SANTA CRUZ. rm175. beli rembat but tak tawu la sedap ke tak sound. wat do u tink? dah la tak reti nak tune..
Santa Cruz pun antara guitar maker yang okay. RM175?? not bad. series apa?
series ape tak tawu.
the prob is. ble saya buka laman web santa cruz. diaorg punye logo different compare to mine. i think my santa cruz is fake. name pon tak tawu ape2 pasal gitar. beli pon tak dirancang.
zo >> huhu.. itu ada harapan gitar ciplak la tu :p terkejut gak santa cruz murah.. kalau second hand pun susah nak dapat.. mm, tgk kat dlm sound hole, kalau yang ori mesti ada tulis model apa.
series ade je.
tapi mg rasenye ciplak.
nak tanya kalau tali gitar letrik boleh guna gitar kapok ke best ke bunya dia TQ
bob >> tali gitar elektrik tak sesuai di pakai pada gitar akustik (kapok), sama jugak tali gitar kapok tak sesuai pakai pada gitar elektrik. tali gitar elektrik lebih halus dan “soft” berbanding akustik, memang tak sakit jari, tapi bunyi gitar anda nanti tenggelam. jangan salahkan gitar, itu salah strings.
salam abg zairul . bole tolong fara x ? bole x abg tolong uat kn kod gitar lagu Cerita Sewaktu Kecil (ost Papadom) – Danyel Alfie ? cye teringin nk blajar maen lagu tu . bole x . please . cye , merayu
. jgan kecewakn cye .
faralyana >> bagi aku mp3 nye
beb ! dye x de mp3 la . kalu nk dgar video dye la . bole kn. pape pon , nah amek ni . ni la link video dye . http://www.youtube.com/watch?v=pCmj7xk9e6s&feature=PlayList&p=2BA27E0873BF467D&playnext=1&playnext_from=PL&index=104 .
lg satu beb! kalu gitar cmni , bape harge dye ? dlm rm150 de x ? http://www.gedfoley.com/santacruz.jpg
faralyana >> tgk series jugak
p/s : aku tak jual gitar. so nak tanya aku pun aku agak2 je
aku nak beli gitar fender budget rm2000.saller dari mudah .com dah comfirm nak jual dgn aku,dia bagi aku serial no made in japan punya,bila hari nak ambik gitar aku kene balik kampung atas urusan niaga,aku suruh adik aku ambik,dia pulak tak berapa tahu tentang gitar,cuma pandai main je..bila aku balik aku tengok gitar fender stratocaster aku tu copy fender korea punya, semua mcm real je,aku call seller tu tak angkat phone,pada sesiapa yang nak beli gitar tu di luar sana,berhati hati bila nak beli.takut giler aku gitar tu mcm betul fender tapi sound dia lagi teruk dari squier .
hudd >> itu antara reason sebab aku tak galakkan orang beli from internet, especially kalau dari MALAYSIA sendiri, pelikkan?? tapi silap sendiri pun ada jugak sebab sepatutnya tengok sendiri gitar tu dulu. benda dah nak jadi nak buat camne kan sabar je la. nak repot polis?? mehh.. polis tido je kat balai tu
da tgok ke blom video tu ?
blh x wt kn kod gitar lagu soundtrack cite korea ‘Do Re Mi Fa So La Si Do’ lgu dy tjuk “Waiting For The Time”. xdek Mp3 nyer la…ada pun cite korea ni la…dlm cite ni,pelakon lelaki tu main lagu (Waiting 4 d time ni utk awek dy.best ho………..
apa beza guitar lead dengan guitar eletric atau rythem guitar
ex_light >> gitar electric adalah jenis gitar.. gitar akustik juga adalah jenis gitar.. lead dan rhythm adalah cara anda main gitar.
hey,thank you so much for the tips.appreciate it. ;D
honeymoney >> no problem
Salam…abg zairul, nak tny la,sy ni berminat nak main gitar tp petik pon x pernah…ade buat research ckit…sbb sy x tahu nak main jenis gitar ape…sy nk main lagu rock btw,so website tu cadangkan kalo saya minat rock n jenis nak cepat tere main, amik elektrik gitar.agak2 elektrik gitar plus amp ngn casing sume lengkap bape e budget untuk beginner?
MissLiz >>
1. Untuk main lagu genre rock memang gitar elektrik yang sesuai, cuma gitar elektrik BUKAN syarat untuk cepat terer gitar.
2. Ada satu cara sahaja untuk cepat terer gitar -> Banyakkan prektis
3. Harga untuk permulaan aku syorkan dalam RM150-RM300 bergantung kepada budget. Untuk guitar casing, hard shell casing lebih mahal. Perlu atau tidak itu bergantung kepada anda. Dari segi penjagaan gitar hard shell lebih selamat. Amp gitar tak payah yang besar untuk permulaan.
4. Untuk main genre lagu rock tidak cukup dengan gitar dan amp sahaja. Anda mungkin perlu additional effectors macam over drive, distortion etc. Harga effector bergantung kepada maker dan jenis efek.
Selamat berjaya
Salam Bro Zairul, saya dulu ada main gitar, (gitar kawan) tak la pandai sangat.. kalau nak goreng-goreng tu tak tahu la… takan main biasa-biasa aja (beginner)… lepas tu stop tak main dah, ada la dalam 8 tahun tak main gitar. Sekarang terasa macam nak main balik.. Nak pi beli gitar (kapok) tu rasa macam tak berapa best sangat ler.. sebab dulu dok main gitar yang tu, nak try la beli yang mahal sikit dalam 2 3 ratus… Masalahnya nak pi beli tu… malu ler kalau nak test gitar kat taukeh kedai tu… takat petik satu satu. Mesti taukeh kedai tu pikir “eleh main pun tak reti mau beli yang mahal”, kalau beli gitar kapok takpala… nak ajak kawan yang pandai main pun tadak. Heh~ Camana ek? Beli dari internet tak ok ka? Dari dulu berkenan Fiber Roundback Electro Acoustic Guitar, yang ada corak daun tu. Bro Zairul mest tau punya! Berkenan sungguh!!
kalkitos >> aku paham perasaan tu sebab aku pun dulu macam tu jugak. tapi tak perlu nak malu masa nak beli gitar yang elok.. kalau di takdirkan malu pun setakat berapa minit tu je.. lepas tu bukan nak menghadap tokeh kedai tu hari-hari pun.. tapi kalau salah beli nanti seumur hidup kuciwa.. tak perlu segan, tak perlu rasa bersalah, gitar kita, duit kita, kita punya pasal la kan
aku tak syorkan beli dari internet.. sebab dari pengalaman aku + dengar cerita dari visitors zairul.com dan member2, lebih dari separuh orang yang tak puas hati beli dari internet.
gitar yang ko cakap tu mungkin ovation adamas atau bentuk yang sama. Tgk google;
http://images.google.com/images?hl=en&q=ovation%20adamas&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wi
Gitar tu okay, boleh main plugged atau unplugged, cuma sesetengah musician tak suka pakai gitar jenis ini semasa recording sebab pikapnye letak kat bawah saddle, menyebabkan bunyi yang nyaring. Kalau untuk main biasa, plus live show ke, gitar ni berbaloi jugak. Kira macam 2 in 1 la.
Aku pernah main gitar ni even kat livehouse. Bunyi memang okay (kalau ikut gitar yang aku main la.. gitar yang ko nk beli tu petik2 la dulu) Ada video aku upload kat youtube dulu pakai gitar ni jugak la. Direct webcam recorded, no effect at all, cuba tengok nanti ko paham la apa maksud aku dengan “bunyi nyaring” tu..
http://www.youtube.com/watch?v=SLEZDHpHjvY
okey selamat meyakinkan diri membeli gitar!
TQ Bro Zairul.. info yang amat bermakna. Saya akan beli jugak atas nasihat Bro Zairul.. Heh~ Baru semalam pi kedai, tengok gitar.. tak la mahal sangat.. tapi fiber gitar macam tak kemas ja tengok… jenama tak penah dengar.. Heh~ Kalau Ovation Adamas tu tadak ler kat tempat saya ni.. Mahal tu! Tak mungkin saya akan membelinya… Cap lain mungkin kot. Stagg, Sakura.. Kan Bro Zairul kan…. Heh~ Anyway.. terima kasih…
kalitos >> stagg tu aku pernah dengar. sakura tu tak sure la pulak :p kalau ada member yang tahu at least sikit2 pun ajak la.. dua orang better than sorang.
selamat
bro.. nak tanya skit… skrg byk lambakan gitar2 akuistik made in china.. harga pun murah.. tgk mcm cantek je.. pendapat bro camna?
adik4 >> kalau petik bunyi pun sama cantek baru cantek
thnx bro, aku x lame lg nk beli gitar. mmg bergune tips ko ni
awekcunsexy´s last blog ..Hidup Aku Yang Boring
Salam bro Zairul… bro! boleh mintak email tak? Ada soalan la… soviisovox@yahoo.cu.uk Bro Zairul lah harapan terakhir saya… Heh~
Tq!
RALAT!
soviisovox@yahoo.co.uk
Sorry….
kalkitos >> http://www.zairul.com/contact-us/
Bro Zairul…
saya ada jumpa satu kedai ni ada jual gitar elektrik Santa Cruz…
saya nak tanya pendapat abang… gitar tu harga dia rm380, saleman tu cakap gitar tu brand Amerika tapi pasang kat China… betul ke?
macam mana ni bang Zairul?…
ni saya ada gambar gitar tu…
cuma kat kedai, guitar Santa Cruz tu tiada whammy bar…
http://images03.olx.com.my/ui/2/06/10/25270610_1.jpg
http://images03.olx.com.my/ui/2/06/10/25270610_3.jpg
p/s: sorry kalau tak boleh bukak…
Knightroad >> Gitar dari Amerika, tapi pasang kat China?? Made in China la tu.
Santa Cruz yang aku tahu memang brand US, tapi custom made, mostly acoustic dan rasanya tak buat gitar elektrik. Archtop ada la. Gitar Santa Cruz yang original ada mark “scgc” (tgk kat website dia http://www.santacruzguitar.com/index.html)
Gitar China selalu price range dia around RM150-500. Santa Cruz ori RM380 tak dapat beb! mahu rabak 2 3 bulan gaji kalau nak beli
Aku tak boleh nak kata gitar elektrik “Santa Cruz of China” tu tak elok sebab aku tak tengok detail dan tak pegang, cuma dengan harga tu aku rasa2 boleh agak la bunyi nye camne nanti.
Whammy bar boleh beli asing tu takde masalah cuma kena tengok size lubang dia ada 2 3 jenis.
hahha
ak da bookmark page bro..
currently studyin’ in matric so tader mser nk blaja
tp gler heaven nk tao men gitar..
anyway, sgt kgum++abez nmetrik ni ak mst tao men..
support me as well as local scene too……
till then, keep it up
=)
aqeyl´s last blog ..3dit post kontest
Hi bro Zairul,
1.Bro duk Japan kan? Bleh tolong usha2kan gitar akustik Takamine dan gitar elektrik Ibanez..
2.Boleh tlng listkan range harga gitar2 diatas ni x(RM)?
3.Saya baru habis belajar dr U, so kalo saya dah keje dan berminat nk beli, bro boleh tlg belikan x?
Thanks..
Gitar Takamine dan Ibanez tu berpuluh2 jenis ada. Biasa dlm RM1K ke atas
kalau baru. Nak beli tu boleh. Shipping aje la mahal. Gov tax pun kena
kalau tak salah.
hye . thanks . berguna sungguh semua di atas . btw , anyez baru 17 tahun and berminatt dengan gitar nie . sudah view at dua tiga buah kedai tapi ta tahu langsung nk beli macam mne . bajet pun , ada dalam rm150 (: after bace details atas , tahu la sket ttg gitar nie . banyak sungguh bnd baru yg kne thu .
anyez >> no problem
salam bro, aku dah 2-3 kali msuk website nih. bgus tol dpt byk info.
kt sni ak nk tny bberapa soalan la:
1.Ak tringin blajar gitar n cdg nk beli satu gitar letrik. Slalu gitar letrik msti RM1K ke ats kn? Ad x gitar letrik bwh RM500 n ley bgi tw skali jname die? 2-3 jname kalo boleh.
2.Gitar letrik kalo x gne letrik ley men jgk ke or lgsg xkuar bunyi haha?
3.Ak ad nmpk kt youtube n slalu gax tgk orang men gitar bentuk cm gitar kapok tp ley psg wayar plak. So itu kire gitar letrik tp bentuk cm gitar kpok eh?
Hrp rply bro n thx.
mmmm…..brape harga untuk elektrik gitar? sye teringin nak blaja maen tapi xrak duit…tgk kat intenet tulis beribu satu elektrik gitar..agak agak perlu brape budget untuk satu set..(elektrik gitar,amp,strings,strap,etc)
sye x brape minat acoustic sgt…..>.> heh….n kat mane nak bli? sy dok dekat dekat KL ( bkn kat KL tapi dkt dkt la)
ingin tahu >>
1. gitar letrik TAK SEMESTINYA RM1K ke atas. ada je yang murah depends on the quality. 500 is good for a start.
2. still bunyi tapi slow
3. ada banyak jenis aku tak sure yang mana ko maksudkan. selalunya semi-acoustic or electric acoustic. ada jugak guitarist yg letak pickup kat acoustic gitar.
yazz >> harga tengok kualiti biasa dlm RM150 ke atas kalau gitar baru. budget dalam 2-300 dah okey. nak beli kat mana tu jangan tanya aku sebab tempat aku duduk ni 5318km jauhnye dari KL
o.O 2-300 untuk sume? thanks Abg! >.> nasib baik la x 1000 lebih….ku hanya student lagi…heh…mm…o.o abg dok mane? jauh btol
N emm….guitar eletrik ape yg good for beginners?
thx bro tp ley bg tw x brand pe yg below 500 coz sng ak survey t? slalu brand ibanez n fender kn?
ohh bru ak tw yg tuh electric acoustic gitar..tp yg tuh still ley men tnp wyar kn n price below 500 gax kn?
ingin tahu >> ade je gitar baru yang harga bawah 500 dari maker gitar macam Fender Ibanez, Gibson. kalau second hand tu ESP, Jackson pun boleh dapat. Tapi aku tak boleh nak cakap brand mana harga mana sebab seperti yang aku dah cakap before ini dengan orang lain, ada macam2 model yang ada dan price range untuk gitar electric sangat luas. Nanti aku kata gitar fender ada bawah 500 tapi kalau cari ket kedai tak jumpa jangan salahkan aku pulak nanti
yang membezakan harga gitar adalah material dia tak kira la jenis kayu, jenis pikap, finishing etc. kalau limited edition, custom, order made, signature series tu harganya mahal la sikit.
harga gitar bawah 500 banyak je.
yazz >> aku tak boleh nak cakap gitar apa yang sesuai sebab ko kena try sendiri dulu.
o.o yg 300 untuk sume terus ke? (gitar,amp,strap,case,etc)
wah macih panduan yang berguna, saya tak tau main gitar pon, pakcik saya ajar saya main gitar guna gitar acoustik jew. mmg sakit jari tapi bunyi die mmg best
Leave your response!
Whois?
Ruangan iklan
Ebook ini hanya berharga RM20 sahaja. Akses ke http://www.rahsiarezeki.com untuk tempahan segera.
Categories
Archives
Buy me coffee :)
If you would like to help and support the Nusantara Guitar Tablature, please click on the PayPal Donate Button below. With your generosity I can finally change my guitar strings and pics. ;) Thank You!
Tags
Recent Comments
Ratings
Most Viewed
most discussed