Kamikaze - Tawa Dalam Tangisan
Lagu ni direquest oleh seorang pengunjung tab gitar nusantara, lagu ciptaan Kamikaze, Tawa dalama tangisan. Intro lagu ni dekat nak sama dengan lagu Unforgiven by Metallica, tetapi di “melayu”kan.
Lagu ni kalau tengok kod dan tablature dia tak susah, cuma ada sedikit teknik yang aku rasa tak ramai orang familiar iaitu harmonics. Kalau tengok [Intro], under (Guitar 2), pada tab ada ditulis “Harm.” Cara nak main note ini adalah dengan petik tali dengan jari kanan seperti biasa, tapi jari kiri tidak perlu menekan tali sehingga fret. Cukup sekadar menyentuh betul2 atas note yang ditunjuk. Seperti contoh jika tab menunjukkan tali not-e fret kosong dan Harm.12, maka sentuh tali betul2 di atas fret 12 tali e. Itulah harmonics. Kepada yang tak pasti lagi ini lagu ini macam mana boleh rujuk video YouTube di bawah. Sebarang kemusykilan sila tinggalkan mesej di ruang komen.

